
MADRASAH TAHFIZ SEDIM
KARANGAN , KULIM , KEDAH DARUL AMAN
SAHAM DUNIA HANYA SEMENTARA...
SAHAM AKHIRAT...KEKAL ABADI...
SUDAHKAH ANDA BERINFAQ HARI INI?
Ya, Saya ingin terus berinfaq
(sila klik link di atas jika ingin terus membuat bayaran)
Bismillahirrahmanirrahim
Allah
Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
لَنْ تَنَالُوا
الْبِرَّ حَتّٰى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَىْءٍ فَإِنَّ
اللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ
"Kamu
tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang
sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan
sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."
(QS. Ali
'Imran 3: Ayat 92)
QS. Ali 'Imran 3: Ayat 133-134:
وَسَارِعُوٓا إِلٰى مَغْفِرَةٍ
مِّنْ رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمٰوٰتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;" (Ayat 133)
الَّذِينَ يُنْفِقُونَ
فِى السَّرَّآءِ وَالضَّرَّآءِ وَالْكٰظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّهُ
يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
"Iaitu
orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan
orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan
orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara
yang baik;"
Surah Al-Baqarah : 245
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Hadis:
Maksud Hadis : “Apabila seseorang
mati, seluruh amalnya akan terputus kecuali 3 hal: sedekah jariah, ilmu yang
manfaat, dan anak sholeh yang mendoakannya.”
(HR. Muslim 1631, Nasai 3651, dan yang lainnya).
Segeralah bersedekah kerana sesungguhnya musibah tidak dapat melintasi
sedekah - Riwayat Muslim
PELUANG MENJANA PAHALA BERTERUSAN!!
Menerusi INFAQ Pembinaan Madrasah
.jpg)
(foto awal pembinaan)
MADRASAH TAHFIZ SEDIM yang dalam fasa pembinaan, kini sedang rancak terus mengorak langkah agar dapat disiapkan pada tahun ini juga .
Namun, kami masih memerlukan sumbangan untuk
menyiapkan bangunan kerana kami rancangkan agar pengambilan pelajar boleh
dibuat pada tahun hadapan.
Dengan ini, pihak Madrasah ingin membuka peluang
untuk sama-sama infaq / wakaf untuk membeli
bahan-bahan binaan yang diperlukan seperti batu bata, simen, atap, besi
kerangka bumbung , pasir , tingkap besi,
upah pekerja dan lain-lain lagi.
Madrasah Tahfiz yang berkeluasan binaan kira2 9750
kaki persegi (keseluruhannya) yang sedang rancak dibina dan apabila siap nanti,
ianya boleh menampung kira-kira 60-70 orang pelajar tahfiz untuk tinggal dan belajar di
situ. Terdapat 2 fasa pembinaan iaitu bangunan utama dan dapur & dewan makan
.jpg)
KONSEP TAHFIZ PERCUMA
Konsep Tahfiz kami adalah bukan untuk keuntungan , tetapi adalah لله تعالى , kerana TIADA YURAN dikenakan .PERCUMA. Tidak mengenakan sebarang bayaran, semuanya ditanggung oleh Madrasah.
Selain hafazan Al Quran & Fardhu Ain , kelas
bahasa arab rendah juga akan diajar kepada pelajar-pelajar nanti. Para pelajar akan
menghabiskan hafazan
30 Juzuk Al-Quran dalam tempoh 3 - 5 tahun.
Selepas itu mereka akan mengambil peperiksaan SPM secara Express bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di Malaysia, atau pun mendalami ilmu ugama (alim) di Luar Negara.
Sehubungan dengan ini, Pihak Madrasah ingin memohon
sumbangan samada wang tunai atau bahan
binaan atau tenaga kerja.
Pahala sumbangan tersebut boleh diniatkan atau dihadiahkan kepada ibu bapa, kaum keluarga atau sesiapa yg telah meninggal dunia agar pahalanya tetap mengalir hingga akhirat nanti..Insyaallah..
Moga-moga infaq kita ini menjadi saham akhirat yang
lumayan untuk kita sehingga hari kiamat.
Pemberian zakat dan tajaan dari pihak-pihak NGO,
Yayasan, syarikat atau badan korperat juga sangat dialu-alukan.
.jpg)
Semua sumbangan boleh disalur ke akaun Madrasah.
Nama : Madrasah Tahfiz Sedim
No. Akaun Maybank :
562209654154
Sila sms/whatsapp
nama tuan/puan & slip 'bank in' ke Pengurusan Madrasah,
untuk tujuan rekod ,
WHATSAPP
Semoga Allah memilih kita untuk sama-sama menolong
ke arah MELAHIRKAN
HAFIZ AL-QURAN & memertabatkan AgamaNya di atas muka bumi ini.
Seorang Penuntut ilmu dan HAFIZ sangat-sangatlah dipandang mulia.
Ya !, Saya ingin terus berinfaq
(sila klik link di atas jika ingin terus membuat bayaran)
Tuan/Puan boleh "join" Group whatsapp penyumbang untuk mengetahui perkembangan Madrasah seperti bi bawah:
Sahabat Madrasah Sedim
https://chat.whatsapp.com/Kn9MF6wEIPcDKuROYDQGAb
atau
Like , share serta ikuti perkembangannya di FB Madrasah Sedim
Ya, Saya ingin terus berinfaq
(sila klik link di atas jika ingin terus membuat bayaran)
7 KEAJAIBAN & HIKMAH SEDEKAH
Baik infaq atau sedekah mempunyai hikmah yang sangat besar bagi kehidupan.
Ada 7
keajaiban yang akan anda dapatkan dengan berinfaq dan bersedekah, iaitu:
1. Membersihkan Harta
Yang pertama adalah membersihkan harta yang di miliki. Setiap harta yang diperolehi ada sebagiannya adalah milik orang yang
memerlukan. Oleh itu, dengan berinfaq anda boleh membersihkan harta yang di miliki dan menambah keberkahannya.
2. Menambah Rezeki
Kedua ramai yang mengira dengan berinfaq dan bersedekah harta akan berkurang dan habis.
Ini adalah anggapan yang SALAH. Berinfaq dan bersedekah justeru akan membuat
rezeki semakin berlimpah.
Firman Allah dalam surah Al Baqarah : 261, dijelaskan bahwa orang yang berinfaq selayaknya orang yang menanam
sebutir biji dan dia akan menuai 7 kali lipat dari yang ditanamnya. Jadi
sudah jelas bukan orang yang gemar berinfaq justeru akan diperbanyak rezekinya.
3. Menolak Bala atau Musibah
Keutamaan
bersedekah adalah dapat menolak bala atau
musibah. Hadis Nabi ada menyebutkan bahawa satu-satunya
amalan yang dapat menolak musibah adalah berinfaq dan bersedekah.
Dengan
berinfak , secara tidak langsung sudah membantu orang lain, orang lain yang
dibantu tentunya akan mendoakan kamu agar terhindar dari musibah. Hal inilah
yang membuat infaq akan melindungi kamu dari marabahaya atau musibah. Oleh
karena itu, perbanyaklah berinfaq agar terhindar dari berbagai macam musibah.
4. Dilindungi Pada Hari Kiamat
Keajaiban
lainnya adalah dilindungi
ketika hari kiamat. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani, Rasulullah
bersabda bahwa orang beriman akan selamat di hari kiamat karena infaq dan
sedekahnya. Jadi jika kamu ingin terlindung di hari kiamat perbanyaklah untuk
berinfaq dan bersedekah.
5. Diampuni Segala Dosanya
Hikmah selanjutnya adalah diampuni segala dosanya. Orang yang berinfaq
dan bersedekah akan terhindar dari siksa neraka karena semua dosanya sudah
diampuni. Di dalam sebuah hadis dijelaskan bahwa harta yang diinfaqkan akan
menjadi benteng pada saat hari pembalasan kelak.
6. Menyempurnakan Ibadah
Surah Al Imran ayat 92 dijelaskan bahwa kebajikan atau ibadah yang kamu kerjakan tidak akan sempurna jika kamu tidak berinfaq dan bersedekah. Hal ini tentu sudah jelas bahwa infaq adalah penyempurna ibadah kamu. Jika sholat adalah ibadah yang berhubungan kepada Allah maka infaq adalah ibadah yang berhubungan dengan sesama manusia.
7. Masuk Syurga dengan Pintu Khusus
Orang yang
gemar berinfaq dan bersedekah termasuk orang yang dermawan dan Allah sudah
menjanjikan pintu khusus untuk orang-orang yang dermawan. Pintu syurga ini
bernama Babus Shadaqah yang berada di urutan ketiga setelah pintu syurganya
untuk para nabi dan para ahli ibadah. Semakin anda memperbanyak infaq dan
sedekah maka pintu ini akan terbuka lebar untuk kamu.
Banyak bukan hikmah infaq !!!!
Tidak hanya untuk pemberi infaq saja, untuk penerima infaq
juga mendapatkan banyak manfaat.
Infaq dan sedekah boleh dilakukan dengan mudah tanpa
harus keluar rumah. Hanya di hujung jari sahaja . anda boleh terus klik link
jika mahu berinfaq kepada kami. Klik link di bawah in:
atau klik
SAYA INGIN TERUS BERINFAQ
BERAPAKAH SASARAN DANA YANG DIPERLUKAN ?
Dana yang disasarkan RM350,000.00
Madrasah Tahfiz ini tiada tajaan rasmi
daripada sesiapa dan memang 100% mengharapkan bantuan waqaf daripada
orang awam.
Oleh yang demikian, kami sangat perlukan kemurahan
hati dan bantuan daripada anda. Kami berharap anda bersama - sama kami untuk mencari SAHAM
AKHIRAT untuk
dibawa di alam baqa' sana kelak dengan membangun Madrasah pengajian penuntut ilmu (khusus ilmu agama), kerana setiap
duit yang di sedeqah/waqafkan pahalanya akan sentiasa mengalir kepada anda
sehingga kiamat.
Ya, Saya ingin terus berinfaq
(sila klik link di atas jika ingin terus membuat bayaran)
HARTA DIBERKATI
Dan orang yang bersedeqah Allah beri jaminan
hartanya akan diberkati dan tak akan berkurang malah dilipat kali ganda.
ما نقصت صدقة من مال
وما زاد الله عبدا بعفو إلا عزا
“Harta tidak akan
berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah
tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)
UJIAN DUNIA HARTA
Harta adalah amanah Allah. Allah nak uji , ke mana kita BELANJAKAN harta kita.
Di jalan kebaikankah atau sebaliknya. Lalu SEGERALAH dengan melabur dijalan
kebajikan, CONFIRM ada ganjaran dan itu janji Allah bukan seperti janji
manusia.
Dengan wang kita boleh membeli AKHIRAT. Harta Dunia Beli Akhirat
Tidak sia-sia pelaburan kita. PELABURAN YANG WAJIB UNTUNG, Insya Allah .
JADILAH ANAK SOLEH & SOLEHAH
Alangkah bahagianya lagi sekiranya
duit yang anda beri sumbangan/waqaf itu niat ikhlas untuk ibu dan ayah
yang masih hidup atau sudah pergi. In Sha Allah, mereka dapat pahala secara
berterusan ibarat air sungai yang terus mengalir...
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ
عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ
عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila
mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara:
Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang
mendoakan baginya."
Boleh juga niat beri sumbangan untuk ahli
keluarga atau mak ayah yang sudah meninggal dunia. Insha Allah pahala tersebut
akan tetap mengalir membantu dan menemaninya di alam kubur.
KE MANA PERGINYA WANG SUMBANGAN ANDA??
Sumbangan
waqaf & infaq anda akan
di gunakan untuk:
1.
Pembinaan
Bang. Utama (40’x75’ – 2 Tingkat)
(Tempat
Belajar/Surau , Asrama, Bilik Tenaga Pengajar , Ruang Pejabat & Ruang
Tamu/Perpustakaan
2. Bangunan ke 2 (20’X60’ - 2 Tingkat)
( Dapur , Ruang Makan dan Tingkat atas sebagai Rumah Tamu)
3.
Bilik
Mandi / Tandas / Ruang mendobi
.jpg)
FOTO-FOTO TERKINI MADRASAH.jpg)
.jpg)
Anda boleh pilih ikut pakej di bawah ini,
mengikut keikhlasan:
1.